Bagi kaki pancing wetland.. ramai yg mengenali Ah Meng .. atau termoloh .. :) beliau adalah satu2 nya pemancing toman yg menggunakan teknik pelampung dan ikan keli...
Wednesday, 25 February 2015
Friday, 20 February 2015
Pemburuan masih diteruskan..
keadaan cuaca memberi kesan kpd pemburuan temoleh ini... abg din setiap hari melihat kadar boiling temoleh disekitar tasik wetland.. suhu dan masa penentu penggalakan juga gagal menghasilkan strike.. namun terubat rindu apabila rakan KPW abg Muhammad Sulaiman berjaya mendaratkan Temoleh anggaran berat 5.5kg... sukar untuk membaca keadaan penggalakan ikan menghampiri tebing kali ini .. cuaca angin juga menyukarkan mengesan boiling2 ikan target ini... pemburuan akan diteruskan hari demi hari bagi memburu ikan rare ini... :)
Abg Muhammad sulaiman dengan ikan seberat 5.5kg
Wednesday, 18 February 2015
Ciri-ciri Temoleh @ Temalian
Temoleh yang turut dikenali sebagai temelian, adalah satu-satunya
spesies kap tempatan terbesar (Cyprinidae) yang boleh mencapai saiz
gergasi iaitu sehingga 60kg. Mungkin kerana saiznya yang 'bagak'
menyebabkan ia hanya ditemui di sungai yang lebar, panjang dan dalam
seperti Sg. Perak dan Sg. Pahang.
Gergasi Pemalu
Temoleh dikatakan pejuang yang tak mengenal erti kalah sekiranya terpedaya dengan helah pancingan anda. Mungkin pertarungannya sehebat mahseer di Sg. Cauvery, India tetapi yang nyata lariannya bisa memberi tentangan sengit, jangan harap dan terlalu yakin temoleh gergasi yang sedang 'mengamuk' di hujung tali anda mampu ditumbangkan dengan mudah.
Berbekalkan tenaga dan saiznya yang besar, ia sudah cukup menggerunkan pemancing bertuah untuk bertarung, tentunya beratus meter tali dibawa lari apatah lagi di dalam sungai yang mengalir agak laju seperti di Sg. Tembeling dan bahagian Sg. Perak di daerah Kuala Kangsar, kawasan yang dilaporkan banyak terdapat spesies ini. Oleh itu, anda perlu bersiap-sedia dengan peralatan pancing aksi berat ataupun sederhana berat dengan tali berketahanan sekurang-kurangnya 25 paun.
Profil mulutnya yang menjulur keluar (seperti lee koh dan kelah) menunjukkan sifatnya yang 'pemalu' dan suka menyelongkar makanan di dasar, jadi ia amat berhati-hati meneIan umpan anda. Ini mungkin salah satu sebab mengapa ikan ini amat sukar dipancing di samping populasinya yang semakin berkurangan. Apabila tiba musim mengawan (biasanya pada masa musim tengkujuh), ikan ini akan mudik ke hulu sungai yang cetek untuk mengempas telur. Bahagian belakang badan temoleh kadang-kala boleh dilihat timbul di permukaan air sewaktu perarakan ikan ini ke hulu malah ia turut dikatakan 'bertempur' sesama sendiri sehingga boleh didengari penduduk kampung di tepi sungai.
Santapan
Antara umpan yang diketahui mampu membuka seleranya ialah siput gendong (siput bulat yang besar yang biasa terdapat di tepi sungai), cacing, udang gantung, udang galah kecil, buah pisang dan betik tetapi ia perlu disangkutkan dengan jumlah yang banyak contohnya menggumpalkan sejumlah besar cacing ataupun mencucuk beberapa hirisan pisang tua seperti satay sehingga menutupi mata kail.
Saya pernah mendengar satu teknik yang sangat unik untuk menjerat temoleh di daerah Kuala Kangsar. Pemancing tempatan di sana menggunakan lampu suluh yang berkuasa dinamo (supaya tenaga cahaya dapat bertahan lama) untuk menyuluh di satu bahagian sungai lalu melemparkan umpan pisang tua ke arah tempat yang disuluh. Agaknya, cahaya yang kuat tersebut menarik perhatian temoleh untuk 'menjenguk' dan umpan yang jatuh terus ditelannya seolah-olah 'disuap' tanpa usul periksa.
Sesungguhnya menduga temoleh bukanlah suatu perkara yang mudah, tahap kesabaran yang tinggi adalah kunci terbaik menunggu sang gergasi ini meragut umpan anda. Kemudian bersedialah menghadapi larian marathonnya, sekiranya dapat dijinakkan setelah berjam lamanya bertahan, anda pastinya akan berbangga seumur hidup. Seterusnya beraksilah di depan kamera untuk bergambar kenangan serta pelepasan semula dan jangan lupa kirimkan kepada kami.

Pemburuan di Pulau-pulau disekitar Wetland
Abg din kadang kala menghabiskan masa hujung minggu di Pulau-pulau khususnya Pulau Teroboi atau pulau temoleh. Keadaan pulau yg bersih serta angin salju sejuk jerk badan bila berada diatas pulau. Teknik berbeza apabila memancing ditebing dan di Pulau. Umpan yg biasa digunakan adalah sawit peram dan dedak sahaja. Keadaan fizikal berteluk disekitar pulau yg agak dalam disekitar 3.75M tidak menggalakkan ikan-ikan kecil. Waktu makan juga berbeza. Pancing akan mula bergoyang disekitar 12.00 tghari sehingga 3.00 ptg. Manakala waktu petang antara masa 6.30 petang sehingga 7.30 malam... Antara hasil-hasil yang dapat diperolehi dipulau seperti Tenggalan, Temoleh, Sebarau dan Teroboi. Sewaan bot bagi satu hari adalah RM40 manakala joran RM20 bagi 1 joran.
Tuesday, 17 February 2015
Hasil diagihkan kepada rakan-rakan KPW
Hafizal memang berbakat didalam siang menyiang nie.. 5kg temoleh diagih2kan kpd rakan2 KPW yg belum merasai keenakan isi temoleh ini...
Today tester sawit peram ..(BSPl.1.02)
Buah sawit yg diperam kali ini amat menggalakkan .. buah sawit hilang dan dan hasil ikan lampam mega ..
kadar suhu air agak baik... Insyallah umpan dah sesuai ..
Temoleh yang berjaya didaratkan di Tasik Wetland Putrajaya .. 17/02/2015
Jumlah ikan temoleh yg berjaya didaratkan di Wetland bagi tahun 2015 latest update untill 17/2/2015 time 9.06 am
1. Masran Mohamat 1 ekor 11.1 kg
2. Shanie Haron 2 ekor 2.5kg / 4.5kg
3. Madi Ismadi 1 ekor 10 kg
4. Sam B Bedin 1 ekor 8.3kg
5. Abg Din 5 ekor 6.5kg /4.5 kg / 5kg / 16.5 kg /3kg
6. Alif Annaz 1 ekor 3kg lebih
7. Muhammad Sulaiman 1 ekor 4kg
8. Aydin Muttaqin 1 ekor 3.5kg
9. Redzuan Johari 1 ekor 5kg
10Rusli Abdullah 1 ekor 2kg
11Haza Farm 1 ekor 4.4kg
12 Abg Rani 1 ekor 3.2kg
13 hanif 1 ekor 2.4 kg
14 Azizul 1 ekor 3kg
15.Sha Fiz 1 ekor 4.5kg
16 Yus Nor 1 ekor 4kg
Secara keseluruhan ikan2 ini didaratkan dengan menggunakan sawit peram/dedak

Teknik Guna Pakai di Wetland
Kebiasaanya kehadiran Temoleh adalah pada jam awal pagi 7-9 pagi dan petang iaitu pada jam 6-7.45 petang. Oleh yang demikian adalah sukar untuk menggalakkan ikan target ini ke Tebing.
Teknik ini abg din dapatkan dari blog rakan-rakan pancing yang lain..
Panduan Asas Memancing Ikan Liar
Memancing ikan liar seperti di lombong-lombong, tasik dan sungai agak mencabar kerana kawasannya luas. Sekiranya tempat tersebut diluar kebiasaan kita, maka agak sukar utk kita mengagak dimanakah lubuk2 tempat ikan-ikan bersantai bersama keluarga.Oleh yg demikian, kita perlulah membuat ikhtiar utk memanggil ikan-ikan tersebut datang bergembira di kawasan, port atau lubuk pilihan kita yg dirasakan terbaik.

Cara paling mudah
utk memanggil ikan-ikan tersebut berdamping dengan kita di kawasan
terpilih adalah dengan membuat sedikit kerja amal, iaitu memberi ikan
makan, memberi ikan merasa umpan, dan membuat tarikan supaya ikan sudi
menetap di tempat pilihan tersebut.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:Buah sawit (setengah guni) yang dibubuh dlm guni dan dilenyek dengan tayar.Hampas kelapa seguni (boleh digaul dengan sedikit Umpan Perah bagi pengguna Umpan Perah)Dedak ayam beberapa kg
Tepung gandum
Guni gula (ditebuk lubang mengguna api rokok sekelilingnya, anggaran 30-40 lubang
Batu sebagai pemberat (boleh gak guna batu bata atau sesaiz dengannye)
Tali utk menambat
Cara-caranya pula adalah...
Untuk sungai:
Kalau nak mancing guna umpan sawit, ambil buah sawit tadi separuh dibubuh dlm guni dn dibubuh batu tersebut. Ikat tali pada guni itu.. Jika di sungai, ikat guni tersebut di tebing sedikit hulu dr lubuk kita (kira-kira 2-3 meter) biarkan guni terendam dlm air (tapi jgn bg org nmpk plak). Separuh lagi sawit tu curahkan je dlm air, sedekah kepada ikan.Selepas kira2 5-6 hari bolehla cuba memancing di tmpt tersebut... semasa sampai di lokasi...goyang2 tapi pengikat guni supaya bauan dlm guni keluar... salah 1 pancing kita, baling betul2 di depan tmpt kita duduk dlm jarak 1 hingga 2 meter sahaja.. selebihnya terpulang pada selera kita. Sebaiknya balingan menghilir sungai pada jarak tidak jauh dr tebing, balingan jauh. Umpannya pula adalah sawit, tidak kira sawit lembik, sawit sebiji keras maupun sawit satay.
Jika ingin mengguna hampas kelapa pula, caranya hampir sama... seguni hampas kelapa (kalau nak guna Umpan Perah, gaulkan dengan 10 penutup). separuh dimasukkan dalam guni berlubang dan direndam seperti sawit itu... separuh lagi dibahagi dua...sebahagian dicurah terus ke dalam sungai. Sebahagian lagi digaul dengan sedikit tepung atau dedak lalu dikepal supaya berketul dan dilemparkan ke sungai ...Selepas beberapa hari bolehlah cuba memancing di situ. Bolehla mengguna umpan hampas kelapa digaul bersama tepung... atau ditambah dedak (sekiranya guni kita berisi dedak) atau apa2 yg dirasakan sesuai.
Juga boleh dicampurkan kedua bahan pertama (sawit) dan kedua (hampas kelapa dan dedak) utk kesan yg lebih baik.
Utk lombong / tasik:
Caranya tidak banyak beza, cuma guni tadi dilemparkan sejauh mungkin dn dibiarkan tenggelam... pada anggaran jarak kita akan membaling umpan semasa memancing nanti. Kepalan hampas kelapa bersama tepung juga dibalingkan ke tempat sama dan selebihnya juga begitu.Selepas beberapa hari insyaallah akan menjadi tmpt berehat ikan. Kadang2 selepas beberapa jam ikan sudah mula datang menjamu selera.Bahan-bahan utk diguna sebagai pemanggil ini boleh dipelbagaikan mengikut jenis ikan. Boleh juga dibuat menggunakan perut ayam... utk perut ayam, boleh juga mengguakan botol besar. botol ditebuk lubang dan dimasukkan batu dan perut ayam, lalu dibuat seperti cara tersebut di atas.Perut ayam juga boleh dicampurkan sekali dengan sawit dan hampas kelapa jika mahu.
Setelah kita berkhtiar, maka berdoa dan bertawakkal supaya ikan berkenan utk melepak di lokasi yg kita panggil serta sudi menjamah umpan pabila kita memancing....
Utk ikan apa?
Cara ini sebenarnya utk menarik semua jenis ikan, tidak kira jenis. Kadang kala org beranggapan ini hanya utk ikan yg memakan umpan pemanggil yg kita buat sahaja. Namun hakikat nya, ianya menarik perhatian semua jenis ikan. Malahan ikan pemangsa seperti toman juga akan menghampiri kawasan ini kerana anak2 ikan berkumpul di kawasan kita.
Kadang2 org takut nak buat sbb gusar nnti org lain yg gi mancing kat situ... Oleh yg demikian, semasa memilih tempat, pilihlah yg sesuai.Sebenarnya, kita harus ingat, kita hanya berusaha... jika dh ditakdirkan rezeki kita ada kat situ, Insyaallah akan ade hasilnya. Dan Allah Taala suka kepada org yg berusaha.Sekiranya tak mendapat ikan sekalipun, ada pahala kerana memberi makhluk lain makan... smile emoticon
Sekian...

17/02/2015 - Temoleh dijejak ...
Selama seminggu kelibat temoleh gagal dikesan .. beberapa hotspot telah dikesan pelbagai rasuah berupa tandan2 sawit hancur dan dedak telah diletakkan bagi menggalakkan kehadiran temoleh ditebing. Abg din menggunakan pelbagai cara untuk mengesan temoleh selain dari menggunakan fish finder .. kaedah dikesan dengan melihat keadaan boiling setiap petang ... kehadiran temoleh ditebing agak sukar kini.. beberapa minggu lepas jelawat agak galak sekali .. ketika itu suhu air adalah panas dibawah.. kehadiran secara berkumpulan adalah satu fenomena biasa bagi jelawat dan ikan2 bersisik diwetland khususnya.
Monday, 16 February 2015
Bersama Editor Majalah Pancing ...
Bersama2 tuan Editor Majalah Pancing En. Faiz didalam pemburuan Temoleh di Wetland Putrajaya, rakan2 lain turut serta bagi bersama-sama didalam pemburuan Februari 2015 ini. Majalah Pancing ini dijemput bersama-sama bagi memburu "temoleh@ temalian"yg begitu diidamkan oleh setiap kaki pancing di wetland. Hanya ragutan dan lucut sahaja pada hari tersebut kekecewaan menyelebungi semua rakan-rakan pancing.
Sekapur sireh .. dari meja pengarang
Salam 1Malaysia khas buat rakan-rakan yg dihormati sekalian..
Ruangan ini adalah merupakan ruangan baru kpd rakan-rakan pemancing dari KPW dan luar bagi mendapatkan info berhubung spesis "rare"iaitu ikan Temoleh dan Tenggalan khususnya. Mungkin ramai yg terkejut apabila priview dari blog darters kepada blog pancing... ini adalah kerana pengurusan baru bagi dart diambil alih sepenuhnya oleh kelab sukan MAKSWIP oleh yg demikian diatas dasar mengekalkan rakan-rakan semua didalam blog saya ini.. saya kemukakan arena baru iaitu memancing atau santai bersama keluarga... Ruangan blog ini adalah merupakan catatan setiap rekod ikan-ikan temoleh di wetland ... Ianya adalah bagi abg din berkongsi maklumat bersama rakan-rakan KPW khususnya. KPW atau Kaki pancing wetland diasaskan adalah bertujuan berkomplot sesama rakan2 rapat sahaja tetapi kini ahli group telah meningkat kepada 1859 orang. Group KPW adalah bertujuan memmupukkan semangat komuniti antara masyarakat khususnya di Putrajaya. Tetapi penglibatan rakan pancing dari dari luar seperti Perak, Pahang, Johor dan N. sembilan bersama-sama berkumpul memburu temoleh@temalian ini. Tahniah kepada rakan2 admin yang lain yang bersama-sama menjayakan group kaki pancing wetland ini.

Teknik balingan Hotspot di Wetland ..
Teknik ini normally digunakan oleh abg din utk mengesan pergerakan hotspot temoleh diwetland.. disebabkan tasik wetland ini adalah besar oleh yg demikian abg din terpaksa menggunakan kaedah memujuk agar temoleh ini berada berhampiran tebing.. aktiviti memujuk adalah dengan meletakkan sawit dan dedak sekitar 5-6 kg sebelum memulakan pancingan. Kebiasaannya tarikan ikan-ikan kecil di tebing menggalakkan spesis-spesis mega yg lain utk berada disekitar tebing.
Setting digunakan ...
Normally setting yang digunakan adalah seperti menggunakan perambut mata idup dan penggunaan bati idup dan batu mati. Tali mono 40lb 0.40 diameter .. anggaran 200 meter diperlukan. Cadangan tali Proline seahawk biasa digunakan oleh abg din. Spoon 3000-4000 diperlukan memandangkan ikan temoleh ini begitu lasak apabila meragut hasil pancingan anda semua. Daya pecutan tanpa memberi peluang kepada kita, hanya mempu melepaskan tali kepadanya..
Friday, 13 February 2015
Hunting "Temoleh"at Wetland Putrajaya... 2015 with KPW members
tali 40lbs mono .. 0.40diameter
16.5kg (sawit peram) batu hidup .. mata kail idup
tali 40lbs mono .. 0.40diameter
5kg (sawit peram) batu hidup .. mata kail idup
tali 40lbs mono .. 0.40diameter
5kg dinaikkan oleh rakan Ridwan jam 9.30 pagi
4.5kg (dedak) batu hidup .. mata kail idup
tali 40lbs mono .. 0.40diameter
6.5kg (sawit peram) batu hidup .. mata kail idup
tali 40lbs mono .. 0.40diameter
10kg (sawit peram) .. mata rambai
tali 40lbs mono .. 0.40diameter
All in Memory in 2014
Shanie Haron, Aydin Mutaqqin dan Abang Din
Khazanah Di Wetland Putrajaya
Subscribe to:
Posts (Atom)