Disember berlalu 2014 merupakan tarikh temoleh sepi tanpa berita .. kini Mei 2015 kembali temoleh menyepi tanpa berita ... hujan yang tidak kunjung tiba selama 5 hari menyepikan kehadiran sitemoleh ke tebing .. aku dan rakan2 bagaikan bangau yang berlabuh setiap hari .... sememangnya mudah bagiku pabila datang dan pulang tanpa apa2 namun itulah hakikat di wetland ... tanah basah yang kini kian kering dan surut kembali... setiap lubuk sunyi tanpa berita .. kawanan lampam bermaharaja lela .. umpan berlabuh takala 5 minit abis semuanya dimamah .. adoiii letih tanganku menghayun 14, kaki surf casting bagaikan praktikal setiap hari... mungkinkah ini pertanda kehilangan temoleh sebulan lamanya ... segala teknik dan pengalaman yg aku ada digunakan mengesan setiap lubuk namun ia culas sekali untuk memamah umpan ... bangau setiap hari menemai aku dan rakanku kini ...
cuma hanya satu cara saja yg belum aku gunakan ... Insyallah akan ku daratkan dalam minggu ini
gambar hiasan