2014 pembuka bicara kisah bermulanya pemburuan temoleh... ikan yang menjadi pujaan kepada pemancing-pemancing air tawar. Joran yang ketika itu hampir 4 tahun aku gantung kini kembali hanyir ... suka kembali melihat joranku mencium gigi air tasik setiap kali umpanku diragut oleh temoleh ini. Dulu aku hanya bertiga sahaja memburu spesis ini .. tetapi kini hampir 2.5k ahli keluarga KPW mencuba nasib untuk menawan spesis ini. Dahulu seorang kini bertemankan rakan-rakan degil-degilku .. biasalah kalau alah tegal biasa. Jiwa mana tidak meronta pabila membangau seharian.. rakan pertamaku di wetland mizi nama beliau .. gaya seakan seorang pelakon nampak pada rupa seakan bukan pemancing tegar... arghh rupanya pengumpul barangan rell .. gaya sebagai pemancing yang mempunyai byk pengalaman ... aku mengenali Wetland melalui info beliau .. semua lubuk2 dikaji oleh aku .. cara aku gunakan agak praktikal setiap minggu aku mencuba disetiap lubuk selama 3 minggu melihat hasil yg diperolehi.. setiap inci tanah basah aku terokai .. melalui info pemancing2 lama di wetland aku mendengar kisah2 ngeri bagaimana joran terbang ..putus tali 40lb dan kisah2 mistik.. arghh pedulikan selagi aku tegar mengejar cita-citaku untuk mendaratkan ikan temoleh ini akan aku teruskan dari hari kehari tanpa rasa jemu ..ermm bila berkomplot serata tebing aku menduga sehingga ke pulau-pulau disekitar wetland..
Kini sekor demi sekor temoleh berjaya aku daratkan .. umpan yg digunakan hanya sawit peram di rendamkan dengan air tasik sahaja untuk meneutralkan bau dan kandungan sawit itu ..rakan-rakan komplotku kini bertambah Mamu, abg sam , shah, mizi, abg Aji, Ariff, hafizal, abg Zack, Ah Meng ,abg baka dan Cikgu Rahim semuanya bukan calang2 org.. mempunyai pengalaman luas di dalam laut dalam, kolam dan tasik.. setiap kejohanan joran pasti mereka memacak .. perghh kini aku bersyukur dgn rakan2 ku sentiasa dibelakangku kini.. umpama aur dan tebing.. pertambahan ilmu sesama kitaorg byk membuahkan hasil ... Namun ramai jugak yg menjauhkan diri akibat penangan temoleh ini... ikan ku kongsi bersama-sama namun itu pun masih belum memadai ..entah apa tidak kena ...rambut sama hitam hati siapa yg tahu.. aku kini membawa diri .. kemana saja aku memacak pasti bersama rakan2 yang memahami diriku... seleraku kpd temoleh kini semakin pudar .. Tanggal Disember 2014 pembuka tirai kpd kaki pancing wetland (KPW) ..aku asaskan berdasarkan minatku memacak dan memburu temoleh ini .. Spesis yg bagi aku agak unik dan sukar dijinakkan... Aku ..aydin mutaqin dan shanie telah mengegarkan wetland ..pabila khazanah 24kg didaratkan ... Bermulalah cerita seperti mitos disegenap group kaki pancing ... Feb merupakan titik tolak bermulanya kpw sebagai group pancing apabila aku berjaya darat 16.5kg dibantu mamu yg merupakan salam perkenalan aku dan dia sehingga kini... Ikan tersebut dikendurikan kpd rakan2 baru yg belum pernah merasai keenakan isi temoleh ini...kini group KPW semakin bertambah Dari hari ke hari dan memacak bersama rakan-rakan ku .. Masa silih berganti aku tidak pasti adakah kpw masih bertahan sebagai group kaki pancing yg memberikan info kpd rakan2 yg menyertai .... Segala pengalaman yg aku ada setiap praktikal yg aku buat di course wetland ini pasti aku berkongsi bersama rakan2 di group kpw ... Tiada rahsia ... Sepanjang aku diwetland ini aku mengenali abg Rani dan Abg Sharul yg merupakan pemburu temoleh yg aku anggap begitu rare sekali ... Byk ilmu berhubung cara perama sawit aku dapatkan dari mereka bagi aku mereka merupakan sifu2 aku ... Org pulau bagiku ...sentiasa menghabiskan pemburuan di pulau ... 13 ekor temoleh berjaya di daratkan oleh abg rani dalam tempoh 1 bulan..rekod yg sukar utk di titah atas kertas ... Setiap rekod ikan yg dinaikkan sentiasa direkod oleh aku sebagai cara melihat masa puncak temoleh ini menghampiri tebing ... Alhamdulillah setiap kajian aku sentiasa ada notanya ...akan ku jilidkan nanti sebagai satu warkah khazanah berharga di wetland...
Rakan2 kpw semua ... Insyallah strike pasti diperolehi oleh mereka cuma kesabaran dan memahami lubuk2 di wetland perlu diketahui .... walaupun sepandai mana pemancing bila tiba di wetland bangau jua pasti menjelma...
Rakan2 kpw semua ... Insyallah strike pasti diperolehi oleh mereka cuma kesabaran dan memahami lubuk2 di wetland perlu diketahui .... walaupun sepandai mana pemancing bila tiba di wetland bangau jua pasti menjelma...
Keresahan rakan
kadang2 aku kecewa apabila berlaku perselisihan faham antara rakanku ini ... aku membuka segala pandangan namun apakan daya ..aku hanya manusia biasa.. namun aku pasrah ini mungkin ini semua adalah satu ujian melihat aku dan rakan2ku membina sebuah empayar yg entah bila mampu bertahan kini.... berkongsi pendapat dan teknik tidak pernah lekang di bibir masing-masing .. aduhh terasa berat sekali dibahuku ini .. rakan2 degilku sentiasa bersama ...
Tiada rahsia kini .. aku berkongsi segala galanya ... apakah masih ada temoleh di wetland pada suatu hari nanti.. rakan2ku gembira dikala strike ... abam bulu masih mencari lesen .. namun keunggulan beliau menawan Tenggalan memukau rakan-rakan ku ... siapa sangka temoleh seakan tahu joran siapa patut diragutnya .. bau air tangan sudah biasa dihidunya .. joran dan tali sudah sinonim dengannya ...
sawit peram bertawaskan air tasik menjadi hidangannya...
Wetland umpama rumah keduaku .. pagi dan pulang seperti tempat persinggahanku.. tempat mainan aku sepanjang minggu bersama rakan-rakanku ..kini aku masih mencari penghulu wetland yg pernah meragut joranku .. tunggu aku pasti akan memburumu .. Kisah rakan2 Ku pasti akan aku garapkan dalam blog ini sebagai tanda kenangan bersama2 memacak ...panas ..bangau dan tawa bersama .... :)