Monday, 16 February 2015

Bersama Editor Majalah Pancing ...


Bersama2 tuan Editor Majalah Pancing En. Faiz didalam pemburuan Temoleh di Wetland Putrajaya, rakan2 lain turut serta bagi bersama-sama didalam pemburuan Februari 2015 ini. Majalah Pancing ini dijemput bersama-sama bagi memburu "temoleh@ temalian"yg begitu diidamkan oleh setiap kaki pancing di wetland. Hanya ragutan dan lucut sahaja pada hari tersebut kekecewaan menyelebungi semua rakan-rakan pancing.


Sekapur sireh .. dari meja pengarang

Salam 1Malaysia khas buat rakan-rakan yg dihormati sekalian..
Ruangan ini adalah merupakan ruangan baru kpd rakan-rakan pemancing dari KPW dan luar bagi mendapatkan info berhubung spesis "rare"iaitu ikan Temoleh dan Tenggalan khususnya. Mungkin ramai yg terkejut apabila priview dari blog darters kepada blog pancing... ini adalah kerana pengurusan baru bagi dart diambil alih sepenuhnya oleh kelab sukan MAKSWIP oleh yg demikian diatas dasar mengekalkan rakan-rakan semua didalam blog saya ini.. saya kemukakan arena baru iaitu memancing atau santai bersama keluarga... Ruangan blog ini adalah merupakan catatan setiap rekod ikan-ikan temoleh di wetland ... Ianya adalah bagi abg din berkongsi maklumat bersama rakan-rakan KPW khususnya. KPW atau Kaki pancing wetland diasaskan adalah bertujuan berkomplot sesama rakan2 rapat sahaja tetapi kini ahli group telah meningkat kepada 1859 orang. Group KPW adalah bertujuan memmupukkan semangat komuniti antara masyarakat khususnya di Putrajaya. Tetapi penglibatan rakan pancing dari dari luar seperti Perak, Pahang, Johor dan N. sembilan bersama-sama berkumpul memburu temoleh@temalian ini. Tahniah kepada rakan2 admin yang lain yang bersama-sama menjayakan group kaki pancing wetland ini.


Teknik balingan Hotspot di Wetland ..


Teknik ini normally digunakan oleh abg din utk mengesan pergerakan hotspot temoleh diwetland.. disebabkan tasik wetland ini adalah besar oleh yg demikian abg din terpaksa menggunakan kaedah memujuk agar temoleh ini berada berhampiran tebing.. aktiviti memujuk adalah dengan meletakkan sawit dan dedak sekitar 5-6 kg sebelum memulakan pancingan. Kebiasaannya tarikan ikan-ikan kecil di tebing menggalakkan spesis-spesis mega yg lain utk berada disekitar tebing.

Cara memeramkan sawit (kaedah abg din)





dedak rasuah/pemanggil



Setting digunakan ...

 
Normally setting yang digunakan adalah seperti menggunakan perambut mata idup dan penggunaan bati idup dan batu mati. Tali mono 40lb 0.40 diameter .. anggaran 200 meter diperlukan. Cadangan tali Proline seahawk biasa digunakan oleh abg din. Spoon 3000-4000 diperlukan memandangkan ikan temoleh ini begitu lasak apabila meragut hasil pancingan anda semua. Daya pecutan tanpa memberi peluang kepada kita, hanya mempu melepaskan tali kepadanya..