Wednesday, 13 May 2015
Kisah abam bulu.. nama diberi ..
Hafizal @ Abam bulu adalah merupakan rakan rapatku memacak .. kehebatan beliau membakor semangat amat terbaik sekali .. kadang2 smpai left group jadiknyer hehe .. profile x banyak masih tercari cari lesen temoleh di Wetland ... tetapi tenggalan umpama mengenal joran beliau .. umpan yg biasa digunakan dedak 929+pandan ... mungkin ada tambahan lain tetapi masih dirahsiakan ... Aprillia tunggangan beliau ... kalau x kenal nampak agak menakutkan .. tetapi mudah dikirap setiap masa .. Abam nie mudah friendly ngan rakan2 semua.. hehehe kalau Tenggalan di Perak usah dicerita semua dah dia merasa henjutan ..Kalau bab mengkekah kalau abg Aji tiada .. inilah orgnya..
Mengenali Port-port panas di Wetland ..
Port Podium
Port ini merupakan port paling cemerlang buat masa ini, pelbagai spesis dapat didaratkan diport podium ini ... tiada halangan disepanjang lubuk ini .. berhati2 apabila disebelah kanan port terdapat sedikit halangan berupa kayu anggaran balingan 80m .. keselesaan teduh dan lampam agak rancak dilubuk ini
Port Wakaf Che Lan
Port ini masih baru saja diterokai oleh abg din .. dahulunya asyik membangau kesudah.. kini setiap minggu bermula April sehingga Mei .. banyak sekali temoleh berjaya didaratkan anggaran 4-12kg .. keadaan landai dan berbatu2 menggalakkan ikan temoleh ini ke tebing .. sesungguhnya bulan April-Mei ..port ini byk mendatangkan hasil yg dapat didaratkan oleh abg din dan rakan-rakan ... spesis Temoleh, baung, Tenggalan dan lampam ...
Port Turnel
Port ini sememangnya tidak sesuai kepada pemancing temoleh, kesukaran apabila temoleh menghala ke dalam turnel.. spesis ini biasa dinaikkan... kesukaran mendaratkan temoleh di port ini menyebabkan port ini adalah bukan favourite abg din ...
Subscribe to:
Posts (Atom)