Tuesday, 17 February 2015

Teknik Guna Pakai di Wetland

Kebiasaanya kehadiran Temoleh adalah pada jam awal pagi 7-9 pagi dan petang iaitu pada jam 6-7.45 petang. Oleh yang demikian adalah sukar untuk menggalakkan ikan target ini ke Tebing.
Teknik ini abg din dapatkan dari blog rakan-rakan pancing yang lain..

Panduan Asas Memancing Ikan Liar
Memancing ikan liar seperti di lombong-lombong, tasik dan sungai agak mencabar kerana kawasannya luas. Sekiranya tempat tersebut diluar kebiasaan kita, maka agak sukar utk kita mengagak dimanakah lubuk2 tempat ikan-ikan bersantai bersama keluarga.Oleh yg demikian, kita perlulah membuat ikhtiar utk memanggil ikan-ikan tersebut datang bergembira di kawasan, port atau lubuk pilihan kita yg dirasakan terbaik.
Cara paling mudah utk memanggil ikan-ikan tersebut berdamping dengan kita di kawasan terpilih adalah dengan membuat sedikit kerja amal, iaitu memberi ikan makan, memberi ikan merasa umpan, dan membuat tarikan supaya ikan sudi menetap di tempat pilihan tersebut.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:Buah sawit (setengah guni) yang dibubuh dlm guni dan dilenyek dengan tayar.Hampas kelapa seguni (boleh digaul dengan sedikit Umpan Perah bagi pengguna Umpan Perah)Dedak ayam beberapa kg
Tepung gandum
Guni gula (ditebuk lubang mengguna api rokok sekelilingnya, anggaran 30-40 lubang
Batu sebagai pemberat (boleh gak guna batu bata atau sesaiz dengannye)
Tali utk menambat

Cara-caranya pula adalah...
Untuk sungai:
Kalau nak mancing guna umpan sawit, ambil buah sawit tadi separuh dibubuh dlm guni dn dibubuh batu tersebut. Ikat tali pada guni itu.. Jika di sungai, ikat guni tersebut di tebing sedikit hulu dr lubuk kita (kira-kira 2-3 meter) biarkan guni terendam dlm air (tapi jgn bg org nmpk plak). Separuh lagi sawit tu curahkan je dlm air, sedekah kepada ikan.Selepas kira2 5-6 hari bolehla cuba memancing di tmpt tersebut... semasa sampai di lokasi...goyang2 tapi pengikat guni supaya bauan dlm guni keluar... salah 1 pancing kita, baling betul2 di depan tmpt kita duduk dlm jarak 1 hingga 2 meter sahaja.. selebihnya terpulang pada selera kita. Sebaiknya balingan menghilir sungai pada jarak tidak jauh dr tebing, balingan jauh. Umpannya pula adalah sawit, tidak kira sawit lembik, sawit sebiji keras maupun sawit satay.
Jika ingin mengguna hampas kelapa pula, caranya hampir sama... seguni hampas kelapa (kalau nak guna Umpan Perah, gaulkan dengan 10 penutup). separuh dimasukkan dalam guni berlubang dan direndam seperti sawit itu... separuh lagi dibahagi dua...sebahagian dicurah terus ke dalam sungai. Sebahagian lagi digaul dengan sedikit tepung atau dedak lalu dikepal supaya berketul dan dilemparkan ke sungai ...Selepas beberapa hari bolehlah cuba memancing di situ. Bolehla mengguna umpan hampas kelapa digaul bersama tepung... atau ditambah dedak (sekiranya guni kita berisi dedak) atau apa2 yg dirasakan sesuai.
Juga boleh dicampurkan kedua bahan pertama (sawit) dan kedua (hampas kelapa dan dedak) utk kesan yg lebih baik.
Utk lombong / tasik:
Caranya tidak banyak beza, cuma guni tadi dilemparkan sejauh mungkin dn dibiarkan tenggelam... pada anggaran jarak kita akan membaling umpan semasa memancing nanti. Kepalan hampas kelapa bersama tepung juga dibalingkan ke tempat sama dan selebihnya juga begitu.Selepas beberapa hari insyaallah akan menjadi tmpt berehat ikan. Kadang2 selepas beberapa jam ikan sudah mula datang menjamu selera.Bahan-bahan utk diguna sebagai pemanggil ini boleh dipelbagaikan mengikut jenis ikan. Boleh juga dibuat menggunakan perut ayam... utk perut ayam, boleh juga mengguakan botol besar. botol ditebuk lubang dan dimasukkan batu dan perut ayam, lalu dibuat seperti cara tersebut di atas.Perut ayam juga boleh dicampurkan sekali dengan sawit dan hampas kelapa jika mahu.
Setelah kita berkhtiar, maka berdoa dan bertawakkal supaya ikan berkenan utk melepak di lokasi yg kita panggil serta sudi menjamah umpan pabila kita memancing....
Utk ikan apa?
Cara ini sebenarnya utk menarik semua jenis ikan, tidak kira jenis. Kadang kala org beranggapan ini hanya utk ikan yg memakan umpan pemanggil yg kita buat sahaja. Namun hakikat nya, ianya menarik perhatian semua jenis ikan. Malahan ikan pemangsa seperti toman juga akan menghampiri kawasan ini kerana anak2 ikan berkumpul di kawasan kita.
Kadang2 org takut nak buat sbb gusar nnti org lain yg gi mancing kat situ... Oleh yg demikian, semasa memilih tempat, pilihlah yg sesuai.Sebenarnya, kita harus ingat, kita hanya berusaha... jika dh ditakdirkan rezeki kita ada kat situ, Insyaallah akan ade hasilnya. Dan Allah Taala suka kepada org yg berusaha.Sekiranya tak mendapat ikan sekalipun, ada pahala kerana memberi makhluk lain makan... smile emoticon
Sekian...