Tuesday, 17 February 2015

17/02/2015 - Temoleh dijejak ...

Selama seminggu kelibat temoleh gagal dikesan .. beberapa hotspot telah dikesan pelbagai rasuah berupa tandan2 sawit hancur dan dedak telah diletakkan bagi menggalakkan kehadiran temoleh ditebing. Abg din menggunakan pelbagai cara untuk mengesan temoleh selain dari menggunakan fish finder .. kaedah dikesan dengan melihat keadaan boiling setiap petang ... kehadiran temoleh ditebing agak sukar kini.. beberapa minggu lepas jelawat agak galak sekali .. ketika itu suhu air adalah panas dibawah.. kehadiran secara berkumpulan adalah satu fenomena biasa bagi jelawat dan ikan2 bersisik diwetland khususnya.