Thursday, 4 August 2016
Monday, 6 June 2016
Perkongsian Pendapat.. update
Salam .. lama bebenar abg din tidak mengemaskini blog ini. Walaupun telah dipindahkan Page #temoleh hunter namun masih ramai yg mengunjungi blog ini. Apa2 pun abg din ucapkan ribuan terima kasih kerana masih mengikuti perkembangan blog yg memuatkan hasil2 pemburuan ikan2 air tawar khususnya temoleh @ tamalian.
Takala ini temoleh yang berjaya didaratkan di Tasik Wetland Putrajaya bagi Januari 2016 sehingga Jun 2016 berjumlah 12 ekor. Terlalu sedikit berbanding tahun 2015. Pelbagai faktor seperti cuaca, ( hujan dan panas ) kadangkala ribut yang agak teruk di Putrajaya. Aktiviti2 di dalam tasik seperti boating jugak mempengaruhi faktor keculasan temoleh ini.
Hampir 2 tahun tiada pelepasan semula ikan2 di tasik wetland, apakah mengharapkan spesis2 ini membiak secara semulajadi. Kadar pembayaran permit jugak masih termasuk kadar GST. Terlalu perit untuk menaikan walaupun seekor Tenggalan @ Temoleh. Kadang2 memakan masa 3 minggu untuk daratkan seekor. Itulah dikatakan alah tegal biasa, abg din masih tidak menafikan kadang2 berlaku aktiviti menjaring / menjala disekitar Tasik Wetland ini telah meningkatkan tahap keculasan adalah pada kadar tinggi.
Merasuah / lambakan umpan
Merasuah dengan sawit busuk @ dedak jugak gagal untuk menarik temoleh ke tebing. Hanya sekadar sunyi sepi. Ratio adalah terlalu rendah kini 2/10 untuk naikkan temoleh dalam 1 bulan.
Perambut / setting
Masih menggunakan setting yang sama cuma kadar panjang perambut berdasarkan keadaan cuaca. Sekiranya hujan , sedikit perambut agak panjang berbanding biasa.
Berdasarkan keadaan cuaca kini, agak terlalu sukar untuk mendekatkan temoleh ketebing hanya perlu membiarkan dedak sentiasa dilaburkan ditebing. Tabiat dan habitat juga berubah, kalau dahulunya temoleh boleh dikenalpasti melalui lubuk2 yg biasa kini ada berubah sama sekali. Lubuk2 yang biasa kosong sahaja tiada berpenghuni, faktor aliran arus akibat hujan dan ribut salah satu faktor utama.
ok untuk bulan puasa nie adalah masa terbaik untuk menjejak lubuk2 baru, mudahan Ramadhan ini memberi sedikit semangat buat Group Temoleh Hunter Angler (THA).. Insyallah
Thursday, 28 April 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)