Abg din kadang kala menghabiskan masa hujung minggu di Pulau-pulau khususnya Pulau Teroboi atau pulau temoleh. Keadaan pulau yg bersih serta angin salju sejuk jerk badan bila berada diatas pulau. Teknik berbeza apabila memancing ditebing dan di Pulau. Umpan yg biasa digunakan adalah sawit peram dan dedak sahaja. Keadaan fizikal berteluk disekitar pulau yg agak dalam disekitar 3.75M tidak menggalakkan ikan-ikan kecil. Waktu makan juga berbeza. Pancing akan mula bergoyang disekitar 12.00 tghari sehingga 3.00 ptg. Manakala waktu petang antara masa 6.30 petang sehingga 7.30 malam... Antara hasil-hasil yang dapat diperolehi dipulau seperti Tenggalan, Temoleh, Sebarau dan Teroboi. Sewaan bot bagi satu hari adalah RM40 manakala joran RM20 bagi 1 joran.